Kisah Azim dan Hussin
Azim merupakan seorang
pemuda biasa yang tinggal disebuah kampung. Sedang beliau melintasi sebuah
kebun cili milik Rahman, terdetik dalam pemikirannya.
“Wah cantik pokok cili
Rahman ni. Kalaulah aku boleh buat macam ini juga. Emm..Modal mesti besar ni.
Takpe satu hari nanti aku akan buat
macam ini juga”. Berlalu pergi sambil sepuntung rokok masih terkemam dalam
bibirnya.
Seketika kemudian, Hussin melintasi kebun cili tersebut. Serta merta Hussin memberhentikan motornya
dan meninjau-ninjau keseluruhan kebun. Sama seperti Azim, Hussin mula berfikir
sesuatu.
“Aiyoo..Cantik pokok
cili ni. Kalaulah aku boleh buat macam ini
juga mesti untung”
Tiba-tiba. Tup!! Hussin
terlihat sesusuk tubuh tertonggeng-tonggeng memetik hasil cilinya. Hussin terus
mendapatkan Rahman dan mula bertanya sedikit sebanyak mengenai
tanaman cili.
:: Tiga bulan kemudian
::
Azim tidak memulakan
apa-apa bahkan hanya mengimpikan beliau juga akan jadi seperti Rahman suatu
hari nanti. Manakala, Hussin sudah mula memungut hasil pertama projek cilinya
walaupun sekadar permulaan 100 pokok.
*Cerita dongeng ini
tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.
Angan-Angan Vs
Cita-Cita
Cuba kita imbas kembali mengapa kisah Mat Jenin dinamakan
sebagai Angan-Angan Mat Jenin dan bukannya Cita-Cita Mat Jenin?
Kerana ia adalah dua prosedur kerangka kerja yang berbeza.
Pertama, angan-angan lebih kepada kerangka idea manakala cita-cita merupakan
gabungan kerangka idea, kerangka usaha dan kerangka tawakal kepada Allah.
Seperti kisah dongeng di atas, kedua-dua mempunyai kerangka
idea yang sangat optimis dan membayangkan untuk mencapai setidak-tidaknya
secebis kejayaan dipengakhirannya. Namun idea yang bernas tidak bernilai
sekiranya tiada kerangka usaha yang progresif dan sistematik dan selebihnya
kita berserah kepada Allah yang pengatur kehidupan ini.
Mulai Saat Ini Saya,
Anda, Kita, Mereka : Reset Minda
Kita reset minda kita. Kita ubah angan-angan itu menjadi
cita-cita. Tidak mengapa setinggi mana cita-cita kita itu. Ia TIDAK MENJADI
KESALAHAN. Yang menjadikan ia salah ialah bila kita masih tidak mahu berganjak
ke posisi yang lebih baik. Mahu tidak mahu kita reset minda kita. InsyaAllah, kita
akan berjaya.
Dunia dan Akhirat :
Imbangi
Paling penting cita-cita kita merangkumi kejayaan dunia dan
akhirat. Jangan kerana dunia kita tinggal akhirat dan jangan kerana akhirat
kita abai dunia.
Teringat saya akan kata-kata Abdullah bin Mas’ud ;
“Sungguh! Aku sangat benci melihat sebuah pengangguran yang
tidak bekerja untuk dunianya dan tidak pula beramal untuk akhiratnya.”
(Gen-Q, VOL 3: ISU
NO. 20)
Saya, Anda, Kita, Mereka : Kita Berhak Untuk Berjaya
Setiap insan berhak untuk berjaya. Kejayaan itu tidak hadir sekadar dengan kerangka idea yang bernas, namun perlu diintergasikan dengan kerangka usaha dan kerangka tawakal kepadaNya.
Yang paling penting bagaimana cita-cita itu membawa kejayaan dunia dan akhirat dan bagaimana kita menghadapi kejayaan itu sebagai satu ujian. Ujian kesenangan dariNya untuk menilai sejauh mana iman kita. Adakah kita hanyut apabila kita berjaya atau kita menangis takut kita hanyut apabila telah berjaya?
Ya Allah sekiranya kejayaan itu hadir dalam diri kami. Jadikan diri kami ini semakin dekat denganMu bukan semakin menjauhiMu. Amiin.
#Cita-cita itu jauh lebih baik dari sekadar angan-angan.
Sudut Pemikiran
Osman.Z
No comments:
Post a Comment