Assalammualaikum w.b.t..
Alhamdulillah masih mampu menjalani proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida supaya dapat meneruskan baki kehidupan ini. Adakah hari ini lebih baik dari semalam atau hari ini biasa-biasa sahaja atau mungkin lebih teruk dari semalam ? Jangan risau kerana tiada perantaraan antara kita dengan Dia. Updatekan diri kita semua.
"\(o_O)/"
Sebenarnya agak lama saya tidak menulis. Bukan tak nak atau tidak sempat namun idea seakan tersangkut dipertengahan jalan. Maafkan saya.
Update
Kali ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai updatekah kita? Oh my English!!
Update: to make (something) suitable for the present time by adapting it to recent ideas etc
Kita sering dengar istilah update atau kita melakukan, bertindak, menambahbaik sesuatu mengikut kesesuaian dalam tempoh atau rangka masa terkini.
Bila sebut tentang fesyen, soal sukan, soal teknologi dan isu-isu terkini. Kita antara golongan yang updated orang kata. Kita umpama kamus dwibahasa oxford, wikipedia, youtube, facebook, twitter dan berbagai lagi yang merujuk betapa updatenya kita.
Persoalannya benarkah kita ini insan yang update?
Persoalannya benarkah kita ini insan yang update?
Update: Realiti atau Fantasi?
Saya agak tertampar diri sendiri apabila melihat sebuah video ini.
"Nabi Muhammad (S.A.W) telah memberitahu bahawa antara fitnah-fitnah akhir zaman ialah pada malamnya Muslim dan paginya kafir atau pada paginya dia kafir dan petangnya dia beriman."
Pernah atau tidak kita dengar seseorang itu update dengan teknologi contohnya menggunakan iPhone kemudian kembali menggunakan Nokia 3310? Kemudian kembali kepada iPhone, kemudian kembali kepada Nokia 3310? Janggal bukan? Tetapi ini dalam konteks teknologi bukan benda hidup.
Kita benda hidup yang mempunyai hati kadangkala tergelincir kadangkala kembali. Itu realitinya bukan fantasi.
Kita benda hidup yang mempunyai hati kadangkala tergelincir kadangkala kembali. Itu realitinya bukan fantasi.
Cuba kita renung perkara asas kita iaitu solat. Sebelum ini waktu bagaimana kita solat (awal atau lewat), sendirian atau berjemaah, sekadar menghabiskan atau menghayati? Adakah kita update untuk ke arah yang lebih bermakna atau kekal di takuk lama?
Walau sejauh mana kita merasakan diri ini denganNya, Dia tidak pernah menjauhi kita. Justeru kita perlu mengupdate diri kita supaya hari ini lebih baik dari semalam.
Pandangan dan Teguran Buat Diri Yang Masih Jauh
- Soal solat: Utamakan berjemaah, disiplin mengenai masa, hayati bukan sekadar habiskan.
- Gaya hidup: Cenderung ke arah mana? Menunjukkan seorang Islam atau lebih kepada seorang yang bukan Islam.
- Ilmu Dunia Vs Ilmu Akhirat: Bila soal teori, konsep (boleh meleleh idea) namun bila soal solat jenazah, urus jenazah, sembelihan, hukum hakam (beku tak nak belajar).
- Corak pemikiran: Sekadar keduniaan atau persediaan kepada fasa berikutnya? Kita hidup kerana apa?
- Iman: Semakin lemah atau berusaha untuk meningkatkan?
- Emosi: Emosi yang mengawal atau emosi yang dikawal?
- Nafsu: Ikat guna tali atau dikunci rapi?
Kesimpulan: Update Bukan Sekadar Keduniaan Tetapi Lebih Kepada Diri
Kita tidak boleh menolak peredaran zaman yang kian pesat dan maju tetapi dalam masa yang sama kita perlu pastikan setiap hari kita semakin ke arah yang lebih baik.
Tidak mengapa jika mempunyai gajet terkini, kereta paling moden, dan sebagainya. Ia rezeki dan ia juga ujian. Cuma yang perlu dipastikan diri kita diupdate sentiasa dekat denganNya supaya kita tidak semakin jauh dariNya.
Ampun maaf dipinta andai ada salah silapnya dalam penulisan yang biasa ini.
Sudut Pemikiran : Osman.Z
No comments:
Post a Comment