Alhamdulillah saya dapat meluangkan masa menulis untuk kali yang kedua bagi blog saya ini. Sedang saya duduk dan santai ber'online' (maaf istilah tidak sesuai). Pemikiran saya tertumpu kepada satu perkara ini. Mengapa kita terlalu mengikuti gaya artis tetapi kita tidak pernah cuba mengikuti gaya tokoh dan ulama sekeliling kita?
Saya ada menonton satu video ini oleh Ahmad Deedat (rhm). Mesti anda pernah dengar malah lebih mengenali beliau.
Ada satu perkataan oleh beliau sampaikan sehingga memberi kesan kepada saya.
I can see spineless people !!
I can see emasculated people !!
I can see castrated people !!
You have no will, no energy, no militancy
You are easy meat..Easy meat..
Tahukah anda Ahmad Deedat di pengakhiran hayat beliau telah diserang strok sehingga menyukarkan beliau bercakap atau menelan sesuatu. Tetapi beliau belajar menggunakan isyarat mata untuk berkomunikasi. Sembilan tahun terakhir beliau masih lagi berdakwah walaupun di atas katil dan hanya menggunakan isyarat mata. Allahu Akbar. Sungguh kecintaan beliau terhadap dakwah sangat tinggi sehingga ke tahap tersebut.
Kita tidak gemar berkongsi apa-apa berkaitan beliau atau video perjuangan beliau.Malahan bukan beliau sahaja tetapi sesiapa sahaja. Kita bangga berkongsi di facebook video-video artis, ungkapan-ungkapan murahan cinta malahan benda yang tidak membawa nilai tambah kepada kita sebagai seorang Islam. Tidak mengapa kerana manusia cenderung kepada hiburan tetapi ingat jangan sampai jadi najis bak kata Ustaz Azhar Idrus.
Tetapi secara jujurnya saya tidak mengkritik mereka yang bersifat artistik kerana saya juga ada rakan artis (sudah memiliki album dan pernah menyumbangkan hasil jualan album kepada rumah anak yatim kalau tidak silap). Cuma saya tidak berminat golongan-golongan artis yang tiada mesej yang baik dalam karyanya dan hanya tertumpu kepada perkara- perkara yang merugikan. Bait-bait kemaksiatan digabungkan jadi mana nilai seninya? Semoga anda kembali ke jalan yang benar.
Baru-baru ini ada artis wanita yang agak glamour hingga pernah diberikan peluang dalam rancangannya sendiri di Astro. Saya tidak bangga kerana anda adalah Islam dan anda tidak mebawa mesej kebaikan ataupun Islam itu sendiri. Baru-baru ini dia diberi peluang dalam pembukaan majlis syarikat gergasi arak. Walaupun dia tidak terlibat (katanya) tapi dia terlibat dengan yang berkaitan dengan arak. Salah atau betul? Saya tidak akan respek pendirian artis tersebut

Ayuh kita berubah. Saya menulis juga untuk memberikan peringatan dalam diri saya supaya saya dan kita semua tetap kekal dalam perjalanan hidup yang penuh tipu daya ini. Semoga kita kekal dalam lindungan rahmat Allah. InsyaAllah.
Jangan kita cemuh mereka yang terdorong kepada hiburan dan kelalaian tetapi kita bimbing dan doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga pengakhiran yang baik bagi kita dan mereka. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment